Sunday, September 12, 2010
Striving For the Sun - Part 4
Rangrong dan Piengsoon merancang untuk membunuh Rangsee dengan menukarkan ubat Rangsee yang diberikan oleh doktor sebelum itu. Perkara ini telah disedari oleh Fahroong. Fahroong segera memberitahu Parnawee tentang perkara ini.Rangrong sampai ke rumah. Parnawee juga telah sampai ke rumah pada masa yang sama. Rangrong telah menipu Parnawee bahawa ubat ini merupakan ubat Rangsee yang diambil dari hospital. Parnawee telah mempercayai Rangrong tetapi dalam hatinya dia tetap tidak percayakan Rangrong. Rangrong membubuhkan ubat itu dalam sup yang dimasak oleh Rangrong untuk Rangsee. Rangsee minum sup itu sesudu sahaja. Parnawee dan Neung sampai ke rumah Rangsee dan segera menyuruh Rangsee jangan minum sup itu. Rangsee tidak minum sup itu. Rangsee berkata bahawa dia ingin berehat di atas. Neung menemani Rangsee ke atas. Parnawee pula mengambil semua ubat yang ada di dalam rumah itu. Rangrong yang bijak itu telah menyimpan ubat yang telah dicampurkan dengan ubat yang lain di dalam bajunya. Rangrong memaksa Rangsee makan ubat yang diberi olehnya. Rangrong membuang ubat yang diberi onle Aunt Neuang ke dalam tong sampah. Oleh kerana tidak mahu makan ubat yang diberikan oleh Rangrong , Rangsee ingin melarikan diri sehinggalah ke depan tangga. Dia terus terjatuh dari kerusi rodanya. Rangrong terus mengejar Rangsee. Apabila dia lihat Rangsee berada di tangga, dia menolak Rangsee jatuh ke bawah tangga. Rangsee mati.Rangrong menelefon polis dan pasukan penyelamat untuk menghantar Rangsee ke hospital tetapi sudah terlambat. Parnawee dan Neung sampai ke rumah dan tida sempat melihat muka Rangsee buat kali terakhir. Rangrong menuduh Parnawee bahawa Parnawee merupakan penyebab Rangsee mati. Semua orang membenci Parnawee. Sebelum Rangsee mati, dia sempat menulis wasiat bahawa semua aset dan harta benda diserahkan kepada Parnawee bukannya Rangrong. Aunt Neuang mengemas bilik Rangsee buat kali terakhir dan dia membawa gambar dan buku catatan sejarah keluarga Suriyatit pergi. Dia tidak sedar bahawa di dalam buku sejarah itu ada suatu wasiat. Aunt Neuang membawa benda itu pergi kepada Parnawee........................................nantikan Part 5 yang lebih menarik..........................................
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment