Wednesday, September 8, 2010

Striving For the Sun - Part 2

Rangsee telah sembuh daripada penyakit jantungnya. Doktor memesan bahawa jangan sesekali memberikan tekanan yang besar kepada Rangsee lagi. Rangrang masuk ke bilik Rangsee.Dia mengelar Rangsee sebagai bapanya.Parnawee dapat merasakan sesuatu yang buruk bakal berlaku. Atas sebab itu dia tidak menerima kewujudan Rangrong dalam keluarganya. Rangrong ingin Rangsee membawanya ke tepi pantai. Pada mulanya Rangsee mahu pergi bersama tetapi Parnawee menghalangnya. Rangrong pergi ke pantai sendiri. Neung mengikut Rangrong. Setelah sampai ke tepi pantai, Neung menolak Rangrong jatuh ke dalam air. Rangrong tidak tahu berenang dan hampir mati lemas. Neung terjun ke dalam air untuk menyelamatkan Rangrong. Sejak itu, Neung telah mula bercinta dengan Rangrong.Walaupun Parnawee menghalang Neung bercinta dengan Rangrong, Neung tidak dengar kata-kata Parnawee itu. Neung bertengkar dengan Parnawee. Rangrong menjadi batu api antara Neung dan Parnawee.akhirnya Neung dihalau keluar dari rumah. Neung bersikap dingin terhadap Parnawee. setelah beberapa hari, Neung dengan Parnawee berbaik semula kerana dia sedar akan kekejaman Rangrong. Parnawee dengan Chot mencari seorang wanita yang bernama Kumpaeng yang kini berada di hospital mental kerana anaknya dicuri oleh Saengla (dan kini anak itu bernama Rangrong).dia terlalu ingin mencari anaknya sehingga dia menjadi gila. Rangrong mengikut Parnawee dan Chot ke hospital mental dan dia ingin mengambil gambar demi membuktikan Parnawee melakukan curang terhadap Rangsee.Atas bantuan Piengsoon, dia mencapai matlamatnya. Dia menangkap gambar Parnawee dan Chot tetapi dikesan oleh Parnawee. Parnawee mengejar ZRangrong dan akhirnya terlanggar Rangrong. Rangsee mendapat tahu khabar itu dan menghalau Parnawee Keluar dari rumah.............................nantikan Part 3 yang lebih menarik...........................

No comments:

Post a Comment