Friday, September 3, 2010
Striving For the Sun - Part 1
Rangsee pernah mengadakan hubungan dengan seornag pewrempuan yang bernama Saengla.Setelah Saengla tahu bahawa Rangsee akan bernikah dengan Parnawee, dengan sedihnya dia meninggalkan Bangkok dan pergi ke Lampang. Parnawee dapat tahu bahawa Saengla telah mengandung, dia pergi ke Lampang untuk menyuruh Saengla mengugurkan kandungannya. Saengla larikan diri dan pergi ke satu kampung. Dia telah mencuri anak Kumpaeng di sebuah kuil. Parnawee membawa seorang anak angkat (dinamakan sebagai Neung).20 tahun kemudian, Saengla memberitahu Rangrong bahawa keluarga Suriyatit pernah menganaiyanya sebelum Saengla mati. Rangrong ingin membalas dendam kepada Parnawee dan juga Rangsee. Selepas Saengla mati , Rangrong pergi ke Bangkok - rumah Parnawee dan Rangsee. Pada malam itu mereka sedang seronok meraikan kepulangan Neung. Rangrong masuk ke rumah itu tetapi telah diketahui onle Parnawee. Parnawee mengurung Rangrong dalam sebuah bilik dengan alasan bahawa Rangrong tidak boleh menyertai parti itu. Aunt Neuang (pembantu rumah) menguncikan pintu bilik tersebut. Tetapi Rangrong berjaya untuk melepaskan diri kerana dia membakar kertas yang ada dalam tong sampah. Aunt Neuang takut terjadi sesuatu yang tidak baik terhadap Rangrong , maka Aunt Neuang membuka pintu bilik itu. Pada masa itu Rangrong melarikan diri dan menceritakan semuanya di depan khalayak ramai. Tindakan Rangrong itu telah menyebabkan Rangsee diserang penyakit jantung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment