Tuesday, September 14, 2010

Striving For the Sun - Part 6 (terakhir)

Rangrong ingin membunuh Parnawee dengan pistolnya itu tetapi akhirnya dia tidak berjaya membunuhnya kerana Parnawee sudah dapat wasita itu dan larikan diri. Rangrong mengejar Parnawee. Parnawee sembunyikan diri dalam pokok bunga yang ada dalam vilanya itu. Semasa Parnawee hendak keluar dan melarikan diri lagi, Rangrong menembak Parnawee dan terkena tangan Parnawee. Parnawee tidak dapat berlari sebab tangannya sakit.Rangrong segera merampas wasiat itu dan hendak membaklarnya tetapi dia tidak berjaya. Angin yang kuat telah memadamkan api yang Rangrong nyalakan. Rangrong cuba kali kedua, juga tidak berjaya dan wasiat itu terjatuh. Rangrong turun dan mencari wasiat itu tetapi wasiat itu sudah tiada kerana diambil oleh Chot. Neung menyelamatkan Parnawee dan menyalahkan Rangrong. Pada keesokkan harinya Rangrong pulang ke kampungnya. Dia tidak sangka bahawa Neung menunggunya di kampungnya itu. Neung mengatakan bahawa dia amat mencintai Rangrong tetapi kekejaman Rangrong menyebabkan Neung tidak berani bersama dengan Rangrong. Neung mahu Rangrong berpatah balik dan bersama dengan Neung. Neung membaea Rangrong pulang ke Bangkok. Neung telah memanggil polis menangkap Rangrong tetapi Rangrong melarikan diri dan meninggalkan sepucuk surat untuk Neung dan Parnawee. Neung tahu Rangrong berada di mana - di atas jambatan itu. Apabila Neung sampai, Rangrong ingin membunuh diri. Rangrong terjun dari jambatan itu dan mati. Neung amat sedih. Harta benda keluarga Suriyatit telah kembali.....................................SELESAI..........................................

Monday, September 13, 2010

Striving For the Sun - Part 5

Aunt Neuang dan Parnawee pergi bercuti di vilanya. Parnawee inagt pesana Rangrong untuk menonton rangkaian 5. Pada masa itu, Rangrong sengaja memburuk-burukkan nama Parnawee di depan televisyen itu. Parnawee sangat sedih sehingga dia ingin membunuh dirinya tetapi dihalang oleh Aunt Neuang. Aunt Neuang mengatakan bahawa kalau Parnawee mati, maka Rangrng akan menang. Parnawee membelit-belitkan buku sejarah keluarga Suriyatit itu. Pada masa itu dia mendapati bahawa wasiat itu ada dalam buku itu. Parawee segera menelefon Neung ketika Neung ingin membalas demdam kepada Rangrong dengan mengadakan hubungan mesra dengan Rangrong. Neung menyuruh Parnawee Fakskan wasiat itu kepadanya. Rangrong mensyaki Neung. Dia mengikuti Neung. Neung mencari Cjot di pejabat Chot dam menceritakan segala-galanya kepada Chot tetapi dia meninggalkan wasiat itu dalam kereta. Rangrong memecahkan pintu keretanya dan mencuri wasiat itu. Ketika Neung dan Chot tiba di kereta Neung, mereka amat terperanjat kerana wasiat itu sudah tiada. Mereka syak bahawa Rangronglah yang melakukan perkara ini. Rangrong menelefon Piengsoon dan menyuruh Piengsoon mencari alamat rumah tersebut. Neung dan Chot segera bergegas ke vila Parnawee. Rangrong telah tiba di vila itu lebih awal daripada Chot dan Neung. Rangrong memukul Aunt Neuang yang sedang menutup pintu. Rangrong mencari wasiat itu dalam bilik Parnawee. Rangrong berjaya. Parnawee naik dan terperanjat apabila melihat Aunt Neuang pengsan. Dia mencari wasiatnya tetapi Rangrong muncul dengan pistol...........................nantikan Part 6(terakhir) yang lebih menarik.............................

Sunday, September 12, 2010

Striving For the Sun - Part 4

Rangrong dan Piengsoon merancang untuk membunuh Rangsee dengan menukarkan ubat Rangsee yang diberikan oleh doktor sebelum itu. Perkara ini telah disedari oleh Fahroong. Fahroong segera memberitahu Parnawee tentang perkara ini.Rangrong sampai ke rumah. Parnawee juga telah sampai ke rumah pada masa yang sama. Rangrong telah menipu Parnawee bahawa ubat ini merupakan ubat Rangsee yang diambil dari hospital. Parnawee telah mempercayai Rangrong tetapi dalam hatinya dia tetap tidak percayakan Rangrong. Rangrong membubuhkan ubat itu dalam sup yang dimasak oleh Rangrong untuk Rangsee. Rangsee minum sup itu sesudu sahaja. Parnawee dan Neung sampai ke rumah Rangsee dan segera menyuruh Rangsee jangan minum sup itu. Rangsee tidak minum sup itu. Rangsee berkata bahawa dia ingin berehat di atas. Neung menemani Rangsee ke atas. Parnawee pula mengambil semua ubat yang ada di dalam rumah itu. Rangrong yang bijak itu telah menyimpan ubat yang telah dicampurkan dengan ubat yang lain di dalam bajunya. Rangrong memaksa Rangsee makan ubat yang diberi olehnya. Rangrong membuang ubat yang diberi onle Aunt Neuang ke dalam tong sampah. Oleh kerana tidak mahu makan ubat yang diberikan oleh Rangrong , Rangsee ingin melarikan diri sehinggalah ke depan tangga. Dia terus terjatuh dari kerusi rodanya. Rangrong terus mengejar Rangsee. Apabila dia lihat Rangsee berada di tangga, dia menolak Rangsee jatuh ke bawah tangga. Rangsee mati.Rangrong menelefon polis dan pasukan penyelamat untuk menghantar Rangsee ke hospital tetapi sudah terlambat. Parnawee dan Neung sampai ke rumah dan tida sempat melihat muka Rangsee buat kali terakhir. Rangrong menuduh Parnawee bahawa Parnawee merupakan penyebab Rangsee mati. Semua orang membenci Parnawee. Sebelum Rangsee mati, dia sempat menulis wasiat bahawa semua aset dan harta benda diserahkan kepada Parnawee bukannya Rangrong. Aunt Neuang mengemas bilik Rangsee buat kali terakhir dan dia membawa gambar dan buku catatan sejarah keluarga Suriyatit pergi. Dia tidak sedar bahawa di dalam buku sejarah itu ada suatu wasiat. Aunt Neuang membawa benda itu pergi kepada Parnawee........................................nantikan Part 5 yang lebih menarik..........................................

Friday, September 10, 2010

Sttriving For the Sun - Part 3

Setelah Parnawee dihalau keluar dari rumah, dia makin membenci Rangrong. Parnawee cuba memberitahu Rangsee bahawa Rangrong sebenarnya bukan anak kandungnya tetapi Rangrong asyik mempengaruhi Rangsee dan menyebabkan Rangsee makin membenci Parnawee. Sehinggalah suatu hari, Parnawee mencadangkan Rangrong dan Rangsee menjalani ujian DNA. Rangrong tidak mahu menjalani ujian DNA tersebut lalu dia cuba untuk membunuh dirinya dengan menelan pil tidur secara berlebihan. Perkara ini disedari oleh pembantu rumahnya, Ding yang cuba untuk mengejutkan Rangrong dari tidurnya. Rangrong telah dihantar ke hospital. Tanpa disedari, Parnawee menyuruh doktor menjalani ujian DNA dengan menggunakan darah Rangsee dengan darah Rangrong. sebelum kejadian itu, Rangsee telah membuat satu wasiat yang menyatakan bahawa semua harta bendanya akan diserahkan kepada Rangrong setelah Rangsee mati. Rangrong sudah sedar. Parnawee memberitahu Rangrong bahawa darahnya sudah diambil untuk menjalani ujian DNA. Chot membawa Kumpaeng dari hospital mental untuk menjalani ujian DNA dengan darah Rangrong. Atas bantuan Piengsoon, Rangrong melarikan diri dan membawa Kumpaeng sekali tanpa disedari oleh Parnawee, Chot dan Neung. Mereka saling mengejar sampailah di atas sebuah jambatan. Kumpaeng makin takut dengan Rangrong. Atas pujukan Rangrong, Kumpaeng berdiri lagi. Semasa Kumpaeng berdiri dan hulurkan tangannya kepada Rangrong, Rangrong menolak Kumpaeng dan menyebabkan Kumpaeng jatuh ke dalam sungai. Parnawee mengugut Rangrong bahawa walaupun Kumpaeng telah mati, namun dengan mayatnya juga boleh menjalani ujian DNA. Rangrong terkejut.Piengsoon dan Neung telah menyksikan kejadian tersebut. Piengsoon dapat tahu bahawa Rangrong sebenarnya bukan anak kandung Rangsee dan Piengsoon tidak lagi ingin bekerjasama dengan Rangrong. Rangrong tidak puas hati dan menyatakan bahawa Rangsee telah membuat wasiat dan semua harta itu merupakan milik Rangrong jika Rangsee mati. Piengsoon dan Rangrong bekerjasama untuk membunuh Rangsee............................nantikan Part 4 yang lebih menarik..................................................

Wednesday, September 8, 2010

Striving For the Sun - Part 2

Rangsee telah sembuh daripada penyakit jantungnya. Doktor memesan bahawa jangan sesekali memberikan tekanan yang besar kepada Rangsee lagi. Rangrang masuk ke bilik Rangsee.Dia mengelar Rangsee sebagai bapanya.Parnawee dapat merasakan sesuatu yang buruk bakal berlaku. Atas sebab itu dia tidak menerima kewujudan Rangrong dalam keluarganya. Rangrong ingin Rangsee membawanya ke tepi pantai. Pada mulanya Rangsee mahu pergi bersama tetapi Parnawee menghalangnya. Rangrong pergi ke pantai sendiri. Neung mengikut Rangrong. Setelah sampai ke tepi pantai, Neung menolak Rangrong jatuh ke dalam air. Rangrong tidak tahu berenang dan hampir mati lemas. Neung terjun ke dalam air untuk menyelamatkan Rangrong. Sejak itu, Neung telah mula bercinta dengan Rangrong.Walaupun Parnawee menghalang Neung bercinta dengan Rangrong, Neung tidak dengar kata-kata Parnawee itu. Neung bertengkar dengan Parnawee. Rangrong menjadi batu api antara Neung dan Parnawee.akhirnya Neung dihalau keluar dari rumah. Neung bersikap dingin terhadap Parnawee. setelah beberapa hari, Neung dengan Parnawee berbaik semula kerana dia sedar akan kekejaman Rangrong. Parnawee dengan Chot mencari seorang wanita yang bernama Kumpaeng yang kini berada di hospital mental kerana anaknya dicuri oleh Saengla (dan kini anak itu bernama Rangrong).dia terlalu ingin mencari anaknya sehingga dia menjadi gila. Rangrong mengikut Parnawee dan Chot ke hospital mental dan dia ingin mengambil gambar demi membuktikan Parnawee melakukan curang terhadap Rangsee.Atas bantuan Piengsoon, dia mencapai matlamatnya. Dia menangkap gambar Parnawee dan Chot tetapi dikesan oleh Parnawee. Parnawee mengejar ZRangrong dan akhirnya terlanggar Rangrong. Rangsee mendapat tahu khabar itu dan menghalau Parnawee Keluar dari rumah.............................nantikan Part 3 yang lebih menarik...........................

Friday, September 3, 2010

Striving For the Sun - Part 1

Rangsee pernah mengadakan hubungan dengan seornag pewrempuan yang bernama Saengla.Setelah Saengla tahu bahawa Rangsee akan bernikah dengan Parnawee, dengan sedihnya dia meninggalkan Bangkok dan pergi ke Lampang. Parnawee dapat tahu bahawa Saengla telah mengandung, dia pergi ke Lampang untuk menyuruh Saengla mengugurkan kandungannya. Saengla larikan diri dan pergi ke satu kampung. Dia telah mencuri anak Kumpaeng di sebuah kuil. Parnawee membawa seorang anak angkat (dinamakan sebagai Neung).20 tahun kemudian, Saengla memberitahu Rangrong bahawa keluarga Suriyatit pernah menganaiyanya sebelum Saengla mati. Rangrong ingin membalas dendam kepada Parnawee dan juga Rangsee. Selepas Saengla mati , Rangrong pergi ke Bangkok - rumah Parnawee dan Rangsee. Pada malam itu mereka sedang seronok meraikan kepulangan Neung. Rangrong masuk ke rumah itu tetapi telah diketahui onle Parnawee. Parnawee mengurung Rangrong dalam sebuah bilik dengan alasan bahawa Rangrong tidak boleh menyertai parti itu. Aunt Neuang (pembantu rumah) menguncikan pintu bilik tersebut. Tetapi Rangrong berjaya untuk melepaskan diri kerana dia membakar kertas yang ada dalam tong sampah. Aunt Neuang takut terjadi sesuatu yang tidak baik terhadap Rangrong , maka Aunt Neuang membuka pintu bilik itu. Pada masa itu Rangrong melarikan diri dan menceritakan semuanya di depan khalayak ramai. Tindakan Rangrong itu telah menyebabkan Rangsee diserang penyakit jantung.